Pelajar Universiti Putra Malaysia Yang Berani

Posted: September 19, 2007 in Freedom of Expression, Freedom of Speech, human rights, Malaysia, Society

Sejak komputer riba dan beberapa barang kepunyaan Yee Yang Yang diambil oleh sekuriti kampus pada hari Jumaat yang lalu terdapat pelbagai laporan berita mengenai peristiwa ini di alam siber melalui berita Malaysiakini dan juga blog-blog. Melalui report Malaysiakini, didapati bahawa sekuriti di Universiti Putra Malaysia mengadakan “spot check” terhadap dua pelajar di hostel tersebut di mana salah satu pelajar yang dikenakan spot check tersebut ialah Yang Yang.Meskinpun pada asalnya, sekuriti tersebut memasuki bilik mereka atas alasan terdapat kes curi telefon bimbit(that I feel is funny, since when does university security even bother if a student loses their handphone…what a joke!) Sekuriti tersebut mulai menyoalkan Yang Yang tentang penglibatannya dalam bidang politik yang sememangnya tiada kaitan dengan alasanya untuk memasuki biliknya. Pada pendapat saya, alasan tipu itu adalah satu “violation”terhadap kepentingan asasi Yang Yang. Selain mengambil komputer riba, pihak sekuriti campus telah mengambil telefon bimbit, MP3 player dan 10 lagi barangan kepunyaanya yang bernilai RM6 ribu. Selain itu, dokumen-dokumen juga telah diambil oleh pihak universiti.

Semasa barang-barang ini diambil, tiada penjelasan diberi kepada pelajar ini, tiada dokumen atau surat yang mengiktirafkan atau menjadi pengambilan itu sah dari segi undang-undang. Pihak tersebut sebaliknya telah berjanji bahawa barang-barang tersebut akana dikembalikan kepada Yang Yang pada hari Sabtu berikutnya tetapi hingga kini Yang Yang masih tidak mendapat balik barang kepunyaannya. Satu perjumpaan telah berjalan dengan direktor unit Mej Othman Jailani tetapi ia tidak membawa apa-apa keputusan yang konkrit. Malah, pihak-pihak tersebut telah meminta Yang Yang untuk memberi kata laluan untuk mengakses komputer ribanya supaya mereka dapat memeriksa bahan-bahan yang terdapat dalam komputer ribanya.Prosedur-prosedur yang sepatutnya diikuti oleh pihak-pihak ini tidak diikuti malah mereka telah melayan pelajar-pelajar ini sesuka hati tanpa memikirkan akibatnya kerana mereka mungkin berasa selamat kerana dilindungi akta-akta yang menjadikan mereka kebal dan tidak perlu memikiran tentang hak asasi seorang pelajar kerana mereka mungkin merasakan bahawa sebagai seorang pelajar tidak mempunyai hak atau keberanian untuk menyoalkan pihak universiti. Tetapi sekiranya itu tanggapan mereka, maka saya rasa mereka sendiri tertipu kerana pada hari Sabtu di mana Yang Yang sepatutnya mendapatkan komputer ribanya kembali, pelajar-pelajar UPM telah bersatu dalam menyuarakan ketidakpuasaan terhadap layanan pihak universiti terhadap mereka. Perisitiwa yang berlaku itu dapat dilihat melalui satu video yang telah direkodkan oleh salah satu kawan Yang Yang yang berada di sana semasa kejadian ini berlaku.

Satu kejadian yang aneh telah berlaku di antara Zamali Samsi, Ketua Unit Khas universiti dan pelajar-pelajar UPM yang berani. Zamali didapati dalam video tersebut enggan menjawab soalan-soalan yang diutarakan dan cuba melarikan diri daripada persoalan tersebut dengan meninggalkan tempat itu. Malangnya, pelajar-pelajar UPM tidak putus asa and bertekad untuk mendapat suatu penjelasan daripada perisitiwa yang berlaku pada Yang Yang pada hari Jumaat. Dalam video tersebut pelajar-pelajar UPM didapati cuba menghalang kereta wira berplat. BGW 6177..Selain itu, Zamali didapati menuding jari dan menyuruh pelajar untuk berhenti mengambil video tersebut.Video tersebut dapat dilihat di <“Jeff Ooi”>
dan lagi satu video yang berkenaan kes ini boleh didapati di laman<“Malaysiakini”>

Akhirnya pihak universiti akur dan akhirnya keluar dari kereta, pada masa ini terdapat polis sudah tiba di tempat kejadian. Pada pendapat saya pihak universiti terkejut dengan perbuataan pelajar-pelajar ini…kerana mereka mungkin tidak sedar bahawa seorang pelajar mampu berbuat sedemikian dan minta untuk keadilan ditegakkan. Mereka ingin menjalankan perbincangan dengan pelajar terlibat dan polis secara tertutup yang tidak disetujui oleh pelajar-pelajar. Mereka cuba mengadakan perbincangan tertutup dan menglabelkan pelajar-pelajar yang menyokongnya sebagai peyibuk,sering mengatakan bahawa ini merupakan satu peraturan. Akhirnya pelajar tersebut telah surat pengesahan bahawa komputer riba dan barang kepunyaanya telah dirampas. Dia cuba membuat satu laporan polis sebelum ini tetapi tidak berjaya kerana pihak universiti telah berjanji untuk memulangkan barangan kepunyaannya. Yang Yang telah cuba untuk membuat lagi satu laporan polis setelah kejadian tersebut. Sekiranya ini tidak berjaya, di akan mengambil tindakan yang lebih serius terhadap pihak universiti.

Persoalanya ialah sekiranya kesemua perbuatan pihak universiti ini adalah sah secara undang-undang kenapakah mereka bertegas dan tidak ingin memberikan surat pengesahan tersebut sebelum ini? Kenapakah pelajar-pelajar ini perlu bersuara untuk mendapat surat pengeshan tersebut? Atas sebab apakah barang kepunyaan seorang pelajar boleh dirampas sesuka hati pihak universiti? Tidakkah seorang pelajar mempunyai hak? Adalah mendapat satu tempat di universiti menandakan pengakhiran hak-hak bersuara dan haknya terhadap keadilan? Adakah ini semua tertera dalam AUKU?

VC UPM, Nik Mustapha R. Abdullah telah bersetuju dengan tindakan pihak sekuriti universiti yang telah merampas komputer riba pelajar tersebut. Yang Yang disyaki mempunyai risalah yang diterbitkan oleh persatuan yang tidak berdaftar dan komputer ribanya dikatakan mempunyai bahan-bahan pornografi mengikut laporan<“Malaysiakini”> yang terbaru. Saya berasa amat sangsi terhadap tuduhan tersebut dan pada pendapat sekiranya bahan-bahan pornografi didapati dalam komputer ribanya adakah “it was planted” supaya pihak universiti tidak hilang muka dan dapat satu tuduhan berasas terhadap pelajar ini. Adakah “valid” tuduhan tesebut? Sila layari Malaysiakini untuk laporan penuh.

Sebagai seorang pelajar Universiti saya berasa amat tertekan dan tidak puas hati dengan cara pihak universiti “handle”isu ini.Lebih-lebih lagi perlakuan pihak universiti menunjukan sikap tidak peduli terhadap hak-hak pelajar dan melayan pelajar sebagai seorang yang tidak berhak bersuara atau menunjukan ketidakpuasaan. Sikap mereka ini telah saya sendiri alami melalui keadaan-keadaan berbeza di mana mereka selalu mengfokuskan isu terhadap “how lucky we are” kerana di beri PELUANG untuk melanjutkan pelajaran di universiti maka dengan itu kita harus bersyukur dan tidak “go against” sebarang doktrin, agenda, politik etc universiti. Perlakuan yang tidak mengikuti arus ini akan dianggap sebagai delinkuen dan tidak berhak untuk menjadi warga universiti. Perlakuan ini amat membimbangkan kerana ia menandakan bahawa pelajar-pelajar dianggap sebagai robot yang hanya akan akur kepada segala perlakuan universiti dan dan “waive” kesemua hak-hak mereka sebagai seorang warganegara Malaysia. Tetapi sekiranya pihak universiti ingin pelajar-pelajar yang kritikal ia harus member pelajar tersebut suatu suara. Tetapi dengan adanya akta-akta seperti AUKU maka pelajar-pelajar di Malaysia akan dilabel sebagai delinkuen dan tidak berterima kasih terhadap pelajaran yang diberikan kepadanya oleh kerajaan. Selagi akta-akta ini kekal, pelajar-pelajar kritikal yang ingin dibina dan dididik di universiti hanya kekal sebagai mimpi atau perkataan semata-mata dan tidak akan berlaku di dunia benar.

Saya amat bersykur kerana terdapat pelajar-pelajar seperti Yang Yang dan kawan-kawanya yang mampu menyuarkan ketidakpuasaan terhadap layanan dan tindakan tersebut. Meskinpun sistem di universiti tidak mengalakan pemikiran kritis dan pembentukan pendirian yang cekal namun pelajar-pelajar ini adalah bukti bahawa sistem tidak dapat menghancurkan semangat kebal pelajar-pelajar generasi ini. Meskinpun, pelajar kini tidak seperti pelajar-pelajar generasi Hishamuddin dan Anwar namun ada juga segelintir pelajar yang sanggup berjuang demi kepentingan hak asasinya yang telah dicabuli sejak penguatkuasaan akta-akta yang “repressive”.

I salute them for their bravery and courage to stand up for their rights!

As always please excuse me for my rojak Malay! Practice makes perfect remember! I just can’t find the right words to describe certain things and time is of the essence!

Advertisements
Comments
  1. CY says:

    Hi Cherwith, allow me to help you with the translations of the “quoted” words:

    spot check – pemeriksaan mengejut
    violation – pencabulan
    it was planted – bukti tersebut direka
    valid – masuk akal
    handle – menangani
    how lucky we are – kita harus bersyukur (literal: we should be thankful, I believe this fits your context better)
    go against – membangkang / menentang
    delinquent – pelajar bermasalah
    waive – menidakkan (from the base word ‘tidak’)
    repressive – mengongkong

    And yes, practice does make perfect and I salute your efforts in using Malay šŸ™‚

  2. cherwith says:

    Thanks CJ.hehhehe
    It’s not that I do not know the words it just at the time of writing when I’m trying to express myself(as I think in English) …But I’m not familiar with words like menidakkan..hehehhe thanks anyway..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s